Minggu, 19 Juli 2009

KELEBIHAN UMAT RASULULLAH S.A.W MENURUT PANDANGAN NABI ADAM A.S


Disebutkan bahawa Nabi Adam A.S telah berkata, "Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan kepada umat Muhammad SAW 4 kemuliaan yang tidak diberikan kepadaku:
1. Taubatku hanya diterima di kota Mekah, sementara taubat umat Nabi Muhammad SAW diterima di sebarang tempat oleh Allah.
2. Pada mulanya aku berpakaian, tetapi apabila aku berbuat derhaka kepada Allah, maka Allah telah menjadikan aku telanjang. Umat Muhammad SAW membuat derhaka dengan telanjang, tetapi Allah memberi mereka pakaian.
3. Ketika aku telah berderhaka kepada Allah, maka Allah telah memisahkan aku dengan isteriku. Tetapi umat Muhammad SAW berbuat derhaka, Allah tidak memisahkan isteri mereka.
4. Memang benar aku telah derhaka kepada Allah dalam syurga dan aku dikeluarkan dari syurga, tetapi umat Muhammad SAW durhaka kepada Allah akan dimasukkan ke dalam syurga apabila mereka bertaubat kepada Allah.



Tidak ada komentar:

Posting Komentar

any one may be to comment.... dan memberikan masukan juga... oke.. ditunggu ya...???